Page 107 - Manifesto_PH_BM
P. 107

Sijil UEC telah diterima untuk kemasukan ke program ijazah Sarjana Muda di universiti-

               universiti terkemuka di luar negara. Bermula pada tahun 2004, sijil UEC telah diiktiraf
               untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Pada tahun 2010, sijil

               UEC juga telah diterima untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

               (Bahasa Cina) di Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan.
               Namun,  sehingga  kini  sijil  UEC  masih  belum  diiktiraf  untuk  kemasukan  ke  institusi

               pengajian tinggi awam tempatan.


               Pakatan  Harapan  akan  mengiktiraf  sijil  UEC  sebagai  syarat  am  kelayakan  untuk

               memasuki  institusi-institusi  pengajian  tinggi  awam  (IPTA)  dengan  syarat  pemohon
               memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan

               ini,  sijil  UEC  akan  dinilai  agar  setaraf  dengan  syarat  am  kelayakan  sedia  ada  untuk

               kemasukan ke IPTA.


               Pakatan Harapan sedar bahawa pinjaman PTPTN kini membebankan mahasiswa. Kami
               akan  menyusun  semula  struktur  pembayaran  pinjaman  PTPTN  supaya  jumlah

               pembayaran  bergantung  kepada  jumlah  gaji  peminjam.  Kami  akan  menangguhkan

               pembayaran  balik  pinjaman  PTPTN  bagi  peminjam  yang  mendapat  gaji  kurang  dari
               RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senari hitam ke atas peminjam.



               Peluang  biasiswa  dan pinjaman  pelajaran  akan  ditambah, terutama  untuk  membantu
               anak anak-anak muda dari keluarga B40 dan M40 menampung kos sara hidup semasa

               belajar.  Syarikat-syarikat  milik  kerajaan  akan  memainkan  peranan  mereka  untuk

               menjayakan agenda ini.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan melipatganda peluang pengajian menggunakan Massive

               Open Online Courses (MOOC) yang diiktiraf dan mempunyai akreditasi, agar golongan
               muda boleh menggunakan teknologi moden untuk menyambung pengajian dalam bidang

               yang diminati.











                                                           106
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112