Page 53 - Manifesto_PH_BM
P. 53

Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam


               Sektor  perkhidmatan  awam  adalah  tulang  belakang  pelaksanaan  dasar-dasar  negara.

               Semua negara maju di dunia mempunyai sektor perkhidmatan awam yang dihormati,

               yang berfungsi secara professional untuk kebaikan rakyat. Justeru, sektor perkhidmatan
               awam mestilah diberi penghormatan yang sewajarnya agar mereka boleh menjalankan

               tanggungjawab dengan professional, tanpa tekanan atau ancaman.


               Pakatan  Harapan  mengiktiraf  bahawa  sektor  perkhidmatan  awam  negara  pernah  di

               anggap sebagai sektor perkhidmatan awam yang terbaik di kalangan negara membangun
               dan  di  rantau  ini.  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  meletakkan  sektor  perkhidmatan

               awam kembali ke tempat yang sewajarnya dengan memastikan para pegawai kerajaan

               tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan
               tanggungjawab kepada rakyat.


               Campurtangan  mereka  yang  bukan  ahli  perkhidmatan  kerajaan,  seperti  konsultan

               tempatan  dan  antarabangsa,  dalam  penggubalan  dasar  negara  akan  dihadkan.

               Kepercayaan dan penghormatan yang lebih tinggi akan diberikan kepada para pegawai
               kerajaan yang pastinya lebih arif mengenai selok belok urus tadbir kerajaan berbanding

               konsultan luar.


               Suruhanjaya  Pekhidmatan  Awam  akan  diarahkan  untuk  mengenalpasti  para  pegawai

               kerajaan yang berbakat dan berpotensi untuk memainkan peranan lebih besar dalam

               pentadbiran  negara  dan  negeri.  Mereka  ini  akan  diberi  sokongan  dan  latihan  yang
               diperlukan untuk membolehkan bakat mereka terus berkembang, dan kenaikan pangkat

               mereka dapat disegerakan.


               Kenaikan pangkat akan dilakukan berdasarkan prestasi perkhidmatan dan pengalaman.

               Semua proses ini akan dijadikan lebih telus agar warga perkhidmatan awam mempunyai

               peluang yang saksama untuk mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji.









                                                           52
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58