Page 50 - Manifesto_PH_BM
P. 50

Janji  19:  Mengembalikan  kepercayaan  terhadap  institusi  kehakiman  dan

               perundangan


               Institusi kehakiman dan perundangan adalah unsur penting dalam sistem semak imbang

               negara. Institusi ini mestilah bebas dan berintegriti, demi memastikan ia diyakini oleh
               rakyat.  Tetapi  UMNO  dan  Barisan  Nasional  semakin  lama  semakin  tidak  segan  silu

               merobek kepercayaan rakyat terhadap institusi ini.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan hakim-hakim dilakukan dengan

               berpaksikan  kelayakan  dan  pengalamannya,  tanpa  dipengaruhi  kepentingan  politik.
               Kuasa  Perdana  Menteri  mempengaruhi  pelantikan  hakim-hakim  akan  dielakkan  agar

               tidak berlaku salah guna kuasa untuk menyelamatkan diri sendiri.


               Keanggotaan  Suruhanjaya  Pelantikan  Kehakiman  akab  diputuskan  oleh  Jawatankuasa

               Terpilih  Parlimen.  Keputusan  pelantikan  yang  dibuat  oleh  Suruhanjaya  ini  akan
               dilaksanakan  setelah  merujuk  kepada  kebijaksanaan  dan  budi  bicara  DYMM  Yang

               DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.


               Gaji,  elaun  dan  imbuhan  yang  diberikan  kepada  hakim-hakim,  termasuklah  hakim

               Mahkamah Syariah, akan dipastikan sesuai dengan tahap professionalisme mereka.


               Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan melalui jalan belakang

               seperti yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, akan dihentikan serta merta.


               Untuk  memastikan  rakyat  meyakini  sepenuhnya  integriti  keputusan-keputusan  yang

               diputuskan  oleh  mahkamah,  satu  peraturan  akan  diperkenalkan  agar  para  hakim

               memberi penghakiman bertulis setiap kali keputusan kes diumumkan. Sekiranya perlu,
               maka  penghakiman  bertulis  ringkas  boleh  dikeluarkan  dahulu  sebelum  penghakiman

               bertulis yang penuh dihasilkan.










                                                           49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55