Page 41 - Manifesto_PH_BM
P. 41

Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa

               usaha membanteras rasuah


               SPRM merupakan badan terpenting dalam mencegah rasuah di Malaysia. Kepercayaan

               rakyat  terhadap  SPRM  adalah  amat  penting untuk  memastikan  ia  boleh  menjalankan
               tanggungjawab dengan sepenuhnya.



               Pakatan  Harapan  akan  memberikan  sepenuh  mandat  dan  kepercayaan  kepada  SPRM
               untuk melaksanakan peranan mereka.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan menaikkan taraf SPRM kepada sebuah suruhanjaya yang

               diiktiraf  oleh  Perlembagaan  Persekutuan,  iaitu  sama  seperti  kedudukan  Suruhanjaya

               Pilihanraya Malaysia. Penaikan taraf ini akan membolehkan SPRM mempunyai autonomi
               dan kuasa tersendiri, termasuk melantik para pegawai mereka sendiri, dan disediakan

               peruntukan yang khas, yang dilindungi oleh Perlembagaan. SPRM akan melapor terus
               kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.



               Untuk  memastikan  semak  imbang  yang  efektif,  bilangan  Pesuruhjaya  SPRM  akan
               ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli

               SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya

               akan mempuyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-
               Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.



               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menyemak  semula  Akta  Perlindungan  Pemberi
               Maklumat  2010,  Akta  Rahsia  Rasmi  1972  dan  Akta  Perlindungan  Saksi  2009,  untuk

               melakukan penambahbaikan yang perlu. Akta Kebebasan Maklumat akan digubal, dan

               peruntukan kewangan akan diberikan untuk melaksanakan akta baru ini.


               Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA C

               ke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.


               Sebagai  lambang  komitmen  Kerajaan  Pakatan  Harapan  kepada  prinsip  ketelusan  dan
               keterbukaan,  kami  akan  mengambil  langkah  segera  untuk  mengambil  bahagian  aktif



                                                           40
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46