Page 133 - Manifesto_PH_BM
P. 133

2.  Memperkenalkan  konsep  pendidikan  sepanjang  hayat  agar  wanita  yang

                       menangguhkan kerjaya untuk menjaga keluarga boleh melanjutkan pengajian dan
                       latihan jika mereka mahu kembali bekerja.

                   3.  Memperkenalkan  pendidikan  jantina  yang  komprehensif  bermula  di  sekolah

                       menengah.
                   4.  Untuk  embantu  ibu-ibu  yang  mempunyai  anak  pra-sekolah,  semua  pusat

                       pendidikan pra-sekolah yang kini diselia oleh pelbagai Jabatan dan Kementerian

                       akan  diletakkan  di  bawah  satu  bumbung  yang  dikenali  sebagai  Pusat
                       Pembangunan  Awal  Kanak-Kanak  (“Early  Childhood  Development  Center).

                       Subsidi yang berpatutan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.


               Iltizam  4:  Memastikan  sistem  perundangan  melindungi  hak  dan  kehormatan

               wanita


                   1.  Menubuhkan Jawatankuasa  Penambahbaikan Undang-undang Keluarga  dengan
                       tujuan  meminda  undang-undang  melibatkan  penceraian,  nafkah  dan  hak

                       penjagaan anak, bagi memastikan penyelesaian yang lebih efisien dan lebih adil

                       kepada wanita.
                   2.  Menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur

                       minimum perkahwinan.

                   3.  Menyemak  semula  semua  undang-undang  berkaitan  kesaksaman  gender  bagi
                       memastikan setiap wanita menikmati kesamarataan undang-undang.

                   4.  Memperkenalkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual untuk menghentikan

                       gangguan seksual di semua peringkat.


               Iltizam  5:  Mendemokrasikan  sistem  politik  agar  wujud  lebih  ramai  pemimpin

               wanita yang tampil ke hadapan.


                   1.  Menubuhkan  Institut  Latihan  Politik  dan  Kepimpinan  Wanita  Malaysia  untuk

                       melatih dan melahirkan pemimpin wanita masa depan.
                   2.  Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat dasar di setiap

                       peringkat adalah wanita.





                                                           132
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138