Page 137 - Manifesto_PH_BM
P. 137

9.  Memperkenalkan  kad  pengangkutan  awam  bulanan  bernilai  RM100  dengan

                       penggunaan  tanpa  had  untuk  apa  sahaja  bentuk  pengangkutan  awam  intra-
                       bandar di Lembah Kelang dan di semua bandar di Malaysia.

                   10. Memperkenalkan  Insentif  Perkahwinan  Anak  Muda  sebanyak  RM500  setiap

                       pasangan  bagi  mereka  yang  berumur  di  bawah  35  tahun  pada  perkahwinan
                       pertama mereka, seperti yang sedang kami laksanakan di Selangor sekarang.




               Iltizam 3: Membina lebih banyak rumah selesa yang mampu dimiliki oleh golongan

               muda


                   1.  Membina 1 juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh dua penggal

                       pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
                   2.  Memperkembang  skim  sewa-beli  ke  seluruh  negara,  termasuklah  bagi  rumah-

                       rumah yang dibina oleh pemaju swasta.
                   3.  Mewujudkan  skim  khas  untuk  membolehkan  anak  muda  mengakses  pinjaman

                       perumahan untuk rumah pertama dengan lebih mudah.

                   4.  Mengambil alih skim penyelenggaraan di kawasan perumahan kos rendah demi
                       mengurangkan bebanan penduduk.



               Iltizam 4: Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma


                   1.  Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula

                       di pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi.
                   2.  Memberi  elaun  sara  hidup  kepada  pelajar  daripada  keluarga  berpendapatan

                       rendah yang mendapat tempat ke pusat pengajian tinggi awam.

                   3.  Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
                   4.  Memupuk  pemikiran  kreatif,  kritis  dan  analitis  generasi  muda  serta

                       mempersiapkan mereka dengan kemahiran sosial, sivik dan kepimpinan.

                   5.  Membebaskan  guru-guru  daripada  bebanan  birokrasi  supaya  mereka  boleh
                       menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas mereka mendidik generasi masa

                       depan Malaysia.





                                                           136
   132   133   134   135   136   137   138   139