Page 138 - Manifesto_PH_BM
P. 138

6.  Memperluas  program  intervensi  awal  berkualiti  tinggi  untuk  kanak-kanak

                       kelainan upaya.
                   7.  Menyediakan  biasiswa  bagi  anak  muda  dari  keluarga  peneroka  FELDA  untuk

                       tujuan pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.

                   8.  Menangguhkan  pembayaran  balik  pinjaman  PTPTN  kepada  semua  peminjam
                       yang  mendapat  gaji  kurang  dari  RM4000  sebulan  dan  memansuhkan  dasar

                       senarai hitam ke atas peminjam.

                   9.  Memperluas  aliran  TVET  dengan  lebih  tersusun,  bermula  dengan
                       memperkembangkan aliran German Dual Vocational Training (GDVT) ke seluruh

                       negara. Melalui skim ini, syarikat-syarikat akan diberi bayaran untuk menjalankan
                       latihan-dalam-pekerjaan bagi penuntut aliran TVET agar lebih ramai anak muda

                       mendapat faedah.


               Iltizam 5: Meluaskan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi agar wujud

               keseimbangan kehidupan dan kerja


                   1.  Menawarkan siaran percuma melalui RTM semua liga sukan utama seluruh dunia,

                       termasuk Liga Perdana Inggeris, untuk pasukan yang diminati ramai.
                   2.  Membina  laluan  basikal  di  bandar-bandar  seluruh  Malaysia  melalui  kerjasama

                       dengan pihak berkuasa tempatan.

                   3.  Membina 100 lagi kawasan rekreasi hijau di seluruh negara, termasuk sekurang-
                       kurangnya 10 taman air dan sukan lasak.

                   4.  Membina litar lumba di kawasan-kawasan tertentu bagi membantu anak muda

                       yang gemarkan sukan bermotor untuk berlumba dengan selamat.
                   5.  Membina “stadium” e-sukan dengan infrastruktur yang lengkap bagi membantu

                       anak muda yang berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang terbabit.

                   6.  Memberi  sokongan  untuk  pembangunan  infrastruktur  sukan  eko  seperti
                       memanjat gunung, berbasikal rentas desa, perlumbaan berhalangan dan sukan-

                       sukan lain sukan yang sesuai di kawasan-kawasan terpilih di seluruh negara.

                   7.  Menggalakkan perkembangan kegiatan seni dengan mencontohi kejayaan George
                       Town  Festival  di  Pulau  Pinang  dalam  mengadakan  festival  kesenian  peringkat

                       negeri yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia.




                                                           137
   133   134   135   136   137   138   139