Page 135 - Manifesto_PH_BM
P. 135

ILTIZAM KHUSUS UNTUK ANAK MUDA


               Anak-anak muda Malaysia, baik lelaki mahupun wanita, telah menunjukkan kebolehan
               mereka baik di peringkat nasional, serantau mahupun global. Kita mempunyai anak-anak

               muda yang menjadi juara dalam bidang sukan, kesenian, lakonan, perniagaan, sains dan
               teknologi, kebajikan, dan pelbagai lagi. Merekalah pewaris bangsa yang akan meneruskan

               kesinambungan negara.


               Pakatan Harapan yakin bahawa anak-anak muda perlu diberikan ruang untuk mengasah

               bakat  masing-masing  dan  segala  kongkongan  perlu  dihapuskan.  Untuk  membolehkan

               potensi  anak-anak  muda  dijana  sepenuhnya,  Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan
               melaksanakan tindakan-tindakan spesifik melalui lima teras utama berikut.


                   1.  Memastikan adanya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang selayaknya

                   2.  Mengurangkan bebanan kos sara hidup

                   3.  Membina lebih banyak rumah selesa yang mampu dimiliki oleh anak muda
                   4.  Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma

                   5.  Meluaskan  akses  kepada  kemudahan  sukan  dan  rekreasi  agar  wujud

                       keseimbangan kehidupan dan kerja




               Iltizam 1: Memastikan adanya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang
               selayaknya



                   1.  Mencipta  1  juta  pekerjaan  dengan  gaji  sekurang-kurangnya  RM2,500  sebulan
                       untuk anak muda dalam masa 5 tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan.

                   2.  200,000 pekerjaan yang akan dicipta itu akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak

                   3.  Menginstitusikan  pemerkasaan  anak  muda  melalui  Dana  Pemerkasaan  dan
                       Keusahawanan Anak Muda yang akan diberi peruntukan sebanyak RM 1 bilion

                       setiap tahun. Dana ini boleh digunakan untuk membangunkan keupayaan anak
                       muda           terutama            dalam           sektor-sektor           berikut:



                          a.  Pertanian dan penternakan moden



                                                           134
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139