Page 130 - Manifesto_PH_BM
P. 130

21. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan dalam penggal pertama
               pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Suruhanjaya ini akan diminta meneliti semua

               aduan tentang kematian dalam tahanan yang acap kali berlaku kepada warga India.


            22. Kementerian-kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar

               dan  Kementerian  Pembangunan  Luar  Bandar,  akan  diarahkan  meneliti  dan

               menyelesaikan  masalah  kemiskinan  bandar  dan  masalah  sosial  yang  dihadapi  oleh
               masyarakat  India.  Kementerian-kementerian  ini  juga  akan  diarahkan  melaksanakan

               dasar-dasar pembangunan yang inklusif agar kaum India tidak ditinggalkan seperti yang
               sering dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.



            23. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan bilangan pekerja asing di Malaysia. Ini
               akan membolehkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, termasuklah kaum India,

               bertambah,  dan mereka  akan  dapat bekerja  dengan gaji  minima  baru iaitu sekurang-
               kurangnya RM1,500 sebulan dalam penggal pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.



            24. Kerajaan  Pakatan  Harapan  komited  untuk  menambahbaik  kualiti  perkhidmatan
               kesihatan  seluruh negara, terutamanya  di  kawasan-kawasan ladang yang mempunyai

               ramai kaum India. Perkhidmatan kesihatan percuma ini akan memastikan kaum India

               yang memerlukan khidmat kesihatan akan dapat mengaksesnya apabila perlu.


            25. Masalah pertukaran agama anak-anak bawah umur oleh ibu atau bapa secara unilateral

               telah beberapa kali melanda kaum India. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil
               langkah segera untuk meyelesaikan isu ini dengan cara harmoni.















                                                           129
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135