Page 129 - Manifesto_PH_BM
P. 129

menubuhkan  Lembaga  Wakaf  Hindu  ini  di  Kedah,  Perak,  Selangor,  Pahang,  Negeri

               Sembilan, Melaka dan Johor.


            14. Fokus segera yang akan diberikan ialah untuk memberi latihan dan membantu golongan

               ibu tunggal kaum India. Salah satu projek awal yang akan diperkenalkan ialah inisiatif
               mentor sepenuh      masa    untuk membimbing        ibu   tunggal    India dalam    bidang

               keusahawanan untuk membantu mereka membina kehidupan yang selesa.


            15. Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menyediakan skim  kredit-mikro  dan  skim  bantuan

               kewangan lain yang sesuai kepada peniaga kecil komuniti India, dengan tumpuan khusus

               kepada wanita, anak muda dan perniagaan dari rumah.

            16. Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama
               (“Equal Employment Opportunity Commission”) untuk menangani amalan pengambilan

               pekerja yang bersifat diskriminasi dan tidak adil di sektor awam dan juga sektor swasta.


            17.  Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi peluang bagi kaum India menyertai projek-

               projek  penerokaan  tanah  yang  bermodelkan  FELDA,  FELCRA  dan  lain-lain  lagi  yang

               sesuai  termasuk  menyediakan  sokongan  kewangan  dan  kawal  selia  yang
               diperlukan kepada komuniti India  untuk  menyertai  bidang  pertanian  terutamanya

               dalam ladang tenusu dan sayur-sayuran.


            18. Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  mempermudahkan  proses  mendapatkan lesen  dan

               permit perniagaan dalam sektor perkhidmatan yang banyak disertai oleh kaum India,

               seperti sektor pengangkutan, logistik dan pusat kitar semula.


            19. Penganut  agama  Hindu  memerlukan  kawasan  secukupnya  untuk  kuil  dan  tanah
               perkuburan. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan kawasan secukupnya untuk

               kuil dan rumah ibadat penganut agama Hindu, serta untuk tanah perkuburan.


            20. Sekiranya  terdapat  kuil  atau  tanah  perkuburan  yang  terpaksa  dipindahkan,  Kerajaan

               Pakatan Harapan hanya akan melakukannya setelah berunding dengan komuniti yang

               terbabit dan memastikan kawasan gantian yang setimpal diberikan.



                                                           128
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134