Page 126 - Manifesto_PH_BM
P. 126

ILTIZAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA


               Telah  berdekad-dekad  lamanya  kaum  India  dipinggirkan  oleh  UMNO  dan  Barisan
               Nasional, walaupun mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara

               sejak  sebelum  merdeka  lagi.  Marginalisasi  yang  berterusan  menyebabkan  bilangan
               masyarakat  India  yang  hidup  miskin  terlalu  ramai.  Jurang  ketidaksamarataan  dan

               bebanan  kemiskinan  adalah  amat  ketara  apabila  kita  melihat  realiti  kehidupan

               masyarakat India di Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional hari ini.


               Parti-parti  komponen Barisan  Nasional  telah gagal sama  sekali  untuk membela  nasib

               warga India. Mereka terus dipandang dan dilayan sebagai rakyat kelas bawahan yang
               boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang

               lain.


               Sebagai rakyat yang mempunyai hak yang sama dengan semua warganegara lain, sudah

               tiba masanya untuk semua bentuk diskriminasi yang menzalimi warga India dihapuskan.
               Tuntutan dan kehendak kaum India wajib didengari.



               Pakatan Harapan menawarkan keadilan, keharmonian dan kesaksamaan untuk semua,
               termasuklah untuk warga India.



               Pakatan Harapan juga menyedari bahawa masyarakat India perlu dibantu dengan lebih
               teliti untuk memastikan jurang yang wujud boleh disamaratakan.



               Matlamat utama Kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi
               masyarakat India agar mereka boleh bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-

               bangsa  lain,  iaitu  di  padang  yang  sama  rata.  Pengagihan  kekayaan  negara  mestilah

               dilakukan  secara  lebih  adil,  dan  penindasan  ekonomi  terhadap  warga  India  mesti
               dihentikan serta merta.


               Pakatan Harapan  menawarkan iltizam khusus untuk seluruh kaum  India di  Malaysia.

               Janji-janji kami bagi masyarakat India adalah seperti berikut:





                                                           125
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131