Page 127 - Manifesto_PH_BM
P. 127

1.  Menyelesaikan masalah komuniti India yang tidak mempunyai status kewarganegaraan

               (stateless Indians) dalam tempoh 100 hari pentadbiran kami.


            2.  Memastikan agensi perumahan negara menjadikan bantuan kepada keluarga India yang

               berkeperluan  sebagai  satu  keutamaan,  terutamanya  untuk  bekas  pekerja  ladang  dan
               golongan  B40.  Mereka  wajar  mempunyai  peluang  memiliki  rumah  yang  berkualiti

               dengan  harga  berpatutan,  dan  mekanisme  bayaran  pinjaman  yang  setara  dengan

               kemampuan mereka termasuklah menggunakan skim sewa-beli.


            3.  Pihak  berkuasa tempatan (PBT) dan  kerajaan  negeri  akan  meletakkan  syarat  kepada
               pemaju perumahan supaya di kawasan-kawasan yang mempunyai bekas pekerja ladang

               dari kaum India yang ramai, maka, pemaju berkenaan mestilah menjalankan usaha-usaha

               yang perlu untuk membina rumah mampu milik untuk mereka.


            4.  Untuk memastikan kaum India mendapat peluang pendidikan yang baik, semua Sekolah
               Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan infrastruktur

               di setiap SJKT akan dinaiktarafkan agar sama dengan kualiti di Sekolah Kebangsaan.


            5.  Kerajaan    Pakatan    Harapan     akan    menubuhkan      Sekolah    Menengah      Tamil

               dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.


            6.  Untuk  memberi  lebih  banyak  peluang  kepada  masyarakat  India,  Kerajaan  Pakatan

               Harapan  akan  menambah jumlah pelajar  India  di  Sekolah-Sekolah  Berasrama  Penuh

               (SBP) dan  di Maktab-Maktab  Rendah  Sains  Mara (MRSM)  seluruh negara.  Keutamaan
               akan diberikan kepada anak-anak India dari keluarga berpendapatan rendah, keluarga

               yang bekerja di ladang-ladang, dan mereka yang termasuk dalam kategori miskin bandar.


            7.  Selain daripada SBP dan MRSM, Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membuka lebih

               banyak  ruang  untuk  anak-anak  kaum  India  memasuki  asrama  di  sekolah-sekolah

               menengah harian, serta membina asrama baru agar kapasiti sekolah-sekolah berkenaan
               dapat dipertingkatkan.







                                                           126
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132