Page 109 - Manifesto_PH_BM
P. 109

Janji 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial


               UMNO dan Barisan Nasional cuba untuk meyakinkan rakyat bahawa kadar jenayah di

               Malaysia semakin turun. Tetapi, dakwaan ini tidak dipercayai oleh rakyat kerana setiap

               hari  mereka  membaca  laporan  mengenai  kegiatan  jenayah  yang  semakin  berleluasa.
               Lebih buruk dari itu, pebagai kisah sering tersebar melalui media social tentang kegiatan

               jenayah yang semakin membimbangkan. Pengalaman rakyat tidak sama dengan apa yang

               didakwa oleh UMNO dan Barisan Nasional.


               Pakatan Harapan mahukan sebuah negara Malaysia yang aman dan sejahtera, dengan
               pihak berkuasa, terutamanya polis, mempunyai kelengkapan dan anggota yang cukup

               untuk  melaksanakan  tanggungjawab  mereka  yang  berat.  Ini  akan  menjamin  bahawa

               keamanan sentiasa terjaga, lantas memungkinkan kita menjadi model negara harmoni
               yang aman dan dengan kadar jenayah yang rendah.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan mempertingkat peruntukan untuk Pasukan Polis DiRaja

               Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan, untuk menambahbaik gaji dan

               kualiti hidup para wira negara serta menambah bilangan anggota keselamatan.


               PDRM  akan  diberi  peruntukan  yang  sesuai  untuk  membolehkan  mereka  menghantar

               para pegawai menjalani latihan lanjut, terutamanya dalam menangani jenayah rogol dan
               gangguan seksual wanita dan kanak-kanak.



               Kerjasama  antara  PDRM  dengan  pihak-pihak  terbabit  yang  lain  dalam  menangani
               jenayah atas talian akan dipertingkat, iaitu dengan pendanaan dan sokongan dasar yang

               sewajarnya.


               Agensi  penguatkuasa  akan  diarahkan  membanteras  sehabis-habisnya  arak  dan  rokok

               seludup yang semakin bermaharajalela, termasuk kawalan yang lebih ketat di sempadan

               dan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang disabitkan bersalah.









                                                           108
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114