Page 84 - Manifesto_PH_BM
P. 84

Janji 38: Membela nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia


               Masyarakat Orang Asal di Semenanjung Malaysia telah dipinggirkan dan dilayan sebagai

               rakyat kelas bawahan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ini adalah satu kezaliman kerana

               mereka penduduk asal tanah air ini.


               Pakatan  Harapan  mahu  mengiktiraf  dan  mengangkat  martabat  serta  membela  hak

               komuniti Orang Asal.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan merombak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) agar
               Orang  Asal  diberi  keupayaan  untuk  memperbaiki  kehidupan  mereka  dan  bukannya

               dikuasai dan dikawal oleh jabatan tersebut.


               Kerajaan Pakatan Harapan akan menyusun langkah-langkah perlu agar Ketua Pengarah

               JAKOA dapat dilantik dari kalangan masyarakat Orang Asal sendiri.


               Tanah adat adalah satu perkara penting bagi masyarakat Orang Asal. Kerajaan Pakatan

               Harapan  akan  berusaha  untuk  melaksanakan  cadangan-cadangan  daripada  Laporan
               Inkuiri  Nasional  Mengenai  Hak  Tanah  Adat  Orang  Asal  /  Asli  yang  disediakan  oleh

               SUHAKAM  pada  tahun  2013.  Laporan  ini  tidak  dipedulikan  oleh  UMNO  dan  Barisan

               Nasional. Bagi kerajaan Pakatan Harapan, langkah permulaan yang akan diambil ialah
               membawa  laporan ini untuk perbahasan Parlimen dalam tahun  pertama  pentadbiran

               Pakatan Harapan.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  menjamin  bahawa  Orang  Asal  mendapat  pembelaan

               yang lebih baik dalam skim pembangunan tanah seperti FELCRA dan RISDA. Sebarang

               perjanjian yang tidak adil kepada Orang Asal akan dirombak semula.


               Untuk  membolehkan  tanah  adat  Orang  Asal  diiktiraf  dengan  sewajarnya,  Kerajaan

               Pakatan Harapan akan memperuntukkan dana untuk melaksanakan kajian lengkap yang
               boleh  mengenalpasti  sempadan  tanah  adat  dengan  tepat.  Kawasan-kawasan  yang

               penting  seperti  tanah  perkuburan  dan  tanah  milik  nenek  moyang  Orang  Asal  akan
               dihormati.



                                                           83
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89