Page 85 - Manifesto_PH_BM
P. 85

Lebih  banyak  sumber  akan  diperuntukkan  untuk  menaik  taraf  infrastruktur
               perkampungan Orang Asal, termasuk jalan berturap, grid elektrik 24 jam, bekalan air

               yang dirawat dan rangkaian komunikasi yang stabil, supaya tiada komuniti Orang Asal

               yang terpinggir.


               Sekolah-sekolah di perkampungan Orang Asal akan diperbesarkan dan diberi sumber-

               sumber  secukupnya  untuk  memastikan  anak-anak  Orang  Asal  mendapat  pendidikan
               berkualiti. Ini termasuklah kurikulum yang sesuai dengan suasana sosiobudaya Orang

               Asal.


               Peruntukan juga  akan  disalurkan untuk memelihara  budaya dan warisan  Orang Asal.

               Pada  masa  yang  sama,  program  sesuai  juga  akan  dilaksanakan  untuk  mempromosi
               budaya  dan  warisan  Orang  Asal  kepada  semua  rakyat  Malaysia  dan  di  gelanggang

               antarabangsa.

















































                                                           84
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90