Page 89 - Manifesto_PH_BM
P. 89

TERAS  4:  MENGEMBALIKAN  STATUS  SABAH  DAN  SARAWAK  BERTERASKAN

               PERJANJIAN MALAYSIA 1963


               Tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak agar mereka diberi layanan seperti yang dijanjikan

               dalam  Perjanjian  Malaysia  1963  terus  menerus  dipermain-mainkan  oleh  UMNO  dan
               Barisan Nasional. Setiap kali pilihan raya, maka UMNO dan Barisan Nasional menabur

               pelbagai janji kepada Sabah dan Sarawak sebagai umpan. Tetapi, selepas pilihan raya,

               janji  hanya  tinggal  janji,  dan  kekayaan  Sabah  dan  Sarawak  terus  dieksploitasi  untuk
               mengayakan Putrajaya.


               Pakatan  Harapan  berpegang  pada  prinsip  bahawa  Sabah,  Sarawak  dan  Semenanjung

               harus berpegang dengan semangat sebenar Perjanjian Malaysia 1963. Inilah asas sebenar

               pembentukan negara kita, iaitu ketiga-tiga komponen tersebut, sama-sama membentuk
               sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia, berteraskan klausa-klausa khusus yang

               dipersetujui bersama.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  bertekad  akan  mengembalikan  kedudukan  Sabah  dan

               Sarawak ke tempat yang sebenar, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
               Sumpah setia para pengasas negara kita akan kami kotakan agar kesatuan negara kita

               sebagai sebuah persekutuan menjadi lebih utuh.


               Untuk itu, kami akan melaksanakan janji-janji yang disenaraikan seperti berikut.































                                                           88
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94