Page 46 - Manifesto_PH_BM
P. 46

Dewan  Negara  akan  diperkasa  untuk  memastikan  ia  memainkan  peranan  sebagai

               mekanisme semak dan imbang kepada Dewan Rakyat.


               Bilangan  Ahli-Ahli  Dewan  Negara  yang  dilantik  oleh  negeri-negeri  akan  dipastikan

               sentiasa lebih ramai berbanding mereka yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan supaya
               suara dan hak negeri sentiasa terjaga.



               Dalam kedua-dua Dewan, masa yang khusus akan diperuntukkan untuk:
                   x  Slot agenda parti pembangkang

                   x  Soalan  Kepada  Menteri  untuk  setiap  kementerian  yang  wajib  dihadiri  oleh

                       menteri-menteri berkenaan atau timbalannya.
                   x  Perdebatan di peringkat jawatankuasa mengenai laporan oleh Suruhanjaya Hak

                       Asasi Manusia (SUHAKAM), Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang

                       Negara (PAC), dan laporan tahunan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
                       dan Petronas.



               Untuk  memastikan  ketelusan  dan  mengelakkan  salah  guna  kuasa,  pada  setiap  tahun,
               Kerajaan Pakatan Harapan akan menerbitkan senarai penuh keahlian Ahli-Ahli Parlimen

               dalam lembaga pengarah syarikat milik kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri,
               dan semua syarikat swasta, atau sebagai konsultan, beserta dengan jumlah elaun dan

               bayaran-bayaran lain yang diterimanya.

































                                                           45
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51