Page 47 - Manifesto_PH_BM
P. 47

Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya


               Sistem  pilihan  raya  yang  telus  dan  adil  perlu  wujud  untuk  memastikan  rakyat

               mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi di Malaysia. Pakatan Harapan sedia

               maklum akan pelbagai kebimbangan yang telah disuarakan tentang perjalanan pilihan
               raya di Malaysia selama ini. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil tindakan tegas

               untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjalanan pilihan raya negara kita.


               Kerajaan  Pakatan  Harapan  akan  membebaskan  sepenuhnya  Suruhanjaya  Pilihanraya

               daripada campurtangan Perdana Menteri dan ahli-ahli politik lain dengan meletakkan
               Suruhanjaya Pilihanraya sepenuhnya di bawah pemantauan Parlimen.



               Satu  kuota  akan  diwujudkan  untuk  memastikan  masyarakat  sivil  mempunyai  wakil
               sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.


               Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mestilah melalui proses perakuan

               oleh Parlimen.


               Suatu  jawatankuasa  khas  akan  dibentuk  di  bawah  pemantauan  Timbalan  Perdana

               Menteri  untuk  bekerjasama  dengan  masyarakat  sivil  dalam  mewujudkan  dan

               menerbitkan  Garispanduan  Kerajaan  Sementara  (Caretaker  Government).  Matlamat
               khusus  inisiatif  ini  ialah  untuk  menghalang  salahguna  aset  kerajaan  untuk  kempen

               kepartian bermula daripada PRU15 nanti.


               Tuntutan yang pernah disuarakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung

               Dengan  Penambahbaikan  Proses  Pilihan  Raya,  Gabungan  Pilihanraya  Bersih  dan  Adil

               (BERSIH),  serta  laporan  pemantauan  PRU13  yang  diterbitkan  oleh  Institute  for
               Democracy  &  Economic  Affairs  (IDEAS)  akan  dijadikan  landasan  dalam  mereformasi

               sistem  pilihan  raya  Malaysia.  Ini  termasuklah  tuntutan  untuk  membersihkan  daftar

               pemilih,  memperbaiki  sistem  pengundian  pos,  menetapkan  minimum  21  hari  untuk
               tempoh berkempen, memberikan akses yang adil kepada media untuk semua parti yang

               bertanding,  dan  memberi  akreditasi  dan  latihan  awal  kepada  pemerhati  pilihan  raya
               bebas.



                                                           46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52